Quantcast
Channel: Portalniaga.com : Catatan seorang Webmaster? » Rumahtangga
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8

Selamat Pengantin Baru!

$
0
0

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi setiap hambanya yang tidak melanggar setiap garis panduan kehidupan yang telah diberikan semenjak terciptanya seseorang insan tersebut.

Dikesempatan yang ada ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin yang baru saja melangsungkan majlis resepsi pada hari ahad yang lalu. Semoga dengan terbinanya sebuah istana bahagia ini dapat menjadi tempat percambahan bunga-bunga kebahagiaan. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah dan mendapat cahaya mata yang akan menjadi penyambung amalan melalui doa-doa mereka. InsyaAllah.

Akhir kata, berumah tangga itu ibarat mengembara di lautan yang bergelora. Bersatu hati dan saling setia diantara satu sama lain adalah rahsia kejayaan mengharungi gelora menggunakan bahtera cinta.

Selamat Pengantin Baru!

Portalis

Muhammad Suffi Yusof adalah seorang pembangun laman web yang bernaung di bawah syarikat Portalniaga Dot Com dan bergiat aktif dalam dunia internet khususnya dalam pengurusan dan pembangunan laman web, pembangunan aplikasi internet, pengiklanan dan pemasaran secara online, penyediaan platform perniagaan secara online, dan pengurusan sewaan domain & hosting pada kadar terhebat di Malaysia!

Website - Twitter - Facebook - More Posts


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8

Latest Images